BPA Free
Apakah BPA?
Jika
anda perasan, BPA selalu tercatat pada botol susu bayi. Apakah itu BPA?
BPA ialah singkatan nama bagi Bisphenol A sejenis bahan kimia yang
lazimnya ditemui pada botol susu bayi. Kita akan lihat pasti ada
tercatat BPA Free atau mungkin tidak tercatat langsung. Kajian yang
dijalankan di Universiti Malaya mendapati percampuran polikarbonat dan
Bisphenol A (BPA) dengan kandungan botol susu berkenaan pada suhu
tertentu didakwa berbahaya kepada kesihatan bayi dan kanak-kanak. Namun
tiada sebarang kajian saintifik dan penilaian yang dijalankan untuk
mengesahkan fakta tersebut.
Hasil
kajian tersebut mendapati: BPA ini akan menyebabkan gangguan pada
sistem hormon badan bayi. Menjejaskan sistem tubuh badan bayi. Menurut
Pegawai Perubatan Hospital Pantai Ampang, Dr. Hanafiah Bashirun, BPA
ialah bahan kimia industri yang digunakan untuk membuat botol susu bayi
polikarbonat agar botol tersebut keras dan lutsinar.
Sebagai
langkah berjaga-jaga, ibu bapa yang mampu dinasihatkan agar memilih
botol susu bebas BPA, contohnya Polypropylene (PP), Polyethersulfone
(PES), Polyamides (PA). Botol susu yang mengandungi BPA biasanya
bersifat keras dan lutsinar. Perhatikan label kod identifikasi plastik
pada bawah botol susu. Botol susu yang mengandungi BPA akan dilabel
dengan ‘Nombor 7′, ‘Nombor 7 dan PC’, atau ‘Nombor 7 dan other’. Bagi
ibu bapa yang sedang menggunakan botol susu mengandungi BPA, adalah
dinasihatkan agar menukar botol tersebut kepada botol ‘Bebas BPA’.
Fakta
Botol Susu Jenis Polikarbonat Sehingga kini, tiada bukti menunjukkan
penggunaan botol susu jenis polikarbonat yang mengandungi BPA selamat
digunakan oleh bayi dan kanak-kanak. Bisphenol A boleh menyebabkan
gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh.
Sehingga tahun lepas, sebanyak 159 sampel botol susu bayi dianalisis
oleh Kementerian Kesihatan dan 85 peratus daripadanya mengandungi bahan
BPA dalam julat 0 hingga 0.7mg/kg hasil kesan migrasi dari botol
berkenaan.
Kajian
Universiti Malaya (UM) menunjukkan kadar migrasi yang berlaku meningkat
sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 darjah celsius berbanding suhu
bilik 25 darjah celsius. Kenal Pasti Botol Susu Jenis Polikarbonat
Bersifat keras dan lutsinar yang mana ia mengandungi BPA. Botol susu
tersebut juga boleh dikenali melalui kod identifikasi plastik yang biasa
didapati di bawah botol susu bayi. Kod identifikasinya adalah ‘Nombor
7′, ‘Nombor 7 dan PC’, ‘Nombor 7 dan other’. Botol susu bayi yang bebas
BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA Free’ atau bebas BPA.