Kebaikan minum air kosong: Cuckoo Water Filter
Bukan semua orang tahu akan kepentingan air kepada manusia.Manusia mampu
bertahan tanpa makanan selama 30 hari,tetapi dengan kekurangan air
selama tiga hari sahaja, ia boleh membawa maut . Manusia memerlukan air
kerna kebaikanya, ia amat penting bg memastikan tubuh seseorang itu
dapat berfungsi dgn baik . Jangan hanya minum kerana dahaga,amalkan
meminum air kosong selalu kerana anda akan dapat melihat hasilnya dalam
masa beberapa bulan. Bukan sahaja tubuh lebih bertenaga,bahkan kesihatan
anda juga terjamin.
![]() |
khasiat air kosong cuckoo |
Khasiat air kosong:
- Air amat penting untuk tubuh kerana tekanan darah akan lebih terpelihara dan jantung befungsi secara berkesan.
- Air berfungsi untuk membawa keluar semua toksin yang ada dalam tubuh manusia.
- Air baik untuk sendi.
- Manusia memerlukan paling kurang tiga liter air setiap hari.
- Minum air dalam kuantiti yang banyak tidak membawa kesan yang buruk kepada kesihatan manusia.
- Amalan meminum air akan membawa keluar segala kekotoran dalam tubuh manusia.
- Air kosong amat menyihatkan kerana tidak mengandungi kalori,gula,atau lemak.
- Minum banyak air dapat menyembuhkan penyakit yang berkaitan dengan ginjal.
Khasiat air kosong untuk berdiet:
- Bagi anda yang sedang berdiet, meminum air kosong adalah lebih baik berbanding pengambilan minuman untuk menguruskan badan atau minuman rendah kalori yang terdapat di pasaran
- Minumlah dua atau tiga gelas air hangat sebelum makan kerana ia akan mengenyangkan perut,sekaligus membantu anda mengurangkan pengambilan makanan.
- Minumlah lapan gelas air kosong dalam sehari bagi memastikan anda sentiasa sihat dan bertenaga.
- Air kosong yang paling baik adalah air yang tidak terlalu panas atau tidak terlalu sejuk.
- Menurut kajian yang dijalankan,ramai orang yang mahu sihat tetapi tidak mengamalkan meminum air kosong malah lebih rajin mengambil minuman seperti kopi,teh dan minuman berkarbonat.
- Tahukah anda,minuman ringan atau bergula tidak dapat menandingi khasiat yang terdapat didalam air kosong?
- Sari buah-buahan juga tidak mampu membersihkan kotoran dalam badan anda sehebat air kosong. .